• _msig_agentbanner.jpg

    News Detail

    MSIG launches improved travel and new sports PA plans


    Press Clippings from Major Newspapers - The Edge Financial Daily, Berita Harian, Sin Chew Daily.


    Written by The Edge Financial Daily (Thursday, 12 November 2009)

     

     

    KUALA LUMPUR: MSIG Insurance (Malaysia) Bhd has launched two enhanced and new products - MSIG TravelRight Plus and MSIG Sports Personal Accident - for travellers and active sports enthusiasts.


    In a statement today, MSIG Malaysia deputy chief executive officer Chua Seck Guan said the Sports PA plan was a Malaysia first, offering insurance protection for individuals actively involved in sports such as scuba diving, water and winter sports, mountain climbing and martial arts.


    The TravelRight Plus provides additional cover for travel and holiday investments from any unforeseen circumstances.


    The plan includes a convenient annual plan (unlimited trips and duration) for frequent business and leisure travellers.


    Unlike basic travel insurance which is usually confined to loss of baggage, travel accident and medical insurance, TravelRight Plus provides higher coverage and additional protection, including medical evacuation services, child education fund, home contents cover, alternative medicine cover and overbooked travel.

     

    Source: The Edge Malaysia 

     

     


     

     

     

    BERITA HARIAN (Tuesday, 17 November 2009)

     

     

    MSIG Insurance sedia polisi bagi peminat sukan, pengembara

     

    MSIG Insurance (Malaysia) Bhd, anak syarikat Mitsui Sumitomo Insurance (MSI), mempertingkatkan lagi perlindungan untuk pengembara dan peminat sukan aktif tempatan dengan memperkenalkan dua produk polisi insurans baru untuk kumpulan terbabit, iaitu MSIG TravelRightPlus dan MSIG Sports Personal Accident.

     

    Pelan insurans komprehensif MSIG TravelRight Plus menawarkan manfaat baru yang dipertingkatkan perlindungannya tambahan kepada pemegang polisi tanpa mengira waktu dan lokasi.

     

    Disasarkan kepada mereka yang kerap mengembara atas urusan perniagaan atau percutian, polisi insurans baru itu turut melindungi pelaburan, perjalanan dan percutian pemegangnya daripada sebarang kejiadian yang tidak diingini.

     

    MSIG Sports Personal Accident yang turut dikenali pelan kemalangan peribadi sukan yang pertama di Malaysia, pula menawarkan perlindungan insurans bagi individu yang terbabit secara aktif dalam aktiviti sukan yang mana antara lain seperti menyelam, sukan air, mendaki gunung dan seni mempertahankan diri.

     

    Timbalan Ketua Eksekutif MSIG Malaysia, Chua Seck Guan, berkata pengenalan dua produk terbaru itu mengukuhkan lagi komitmen syarikat dalam menawarkan produk insurans terbaik dalam kelasnya untuk memenuhi keperkuan pengguna ketika ini yang semakin canggih dan sentiasa berubah.

     

    Katanya, dengan memiliki ciri dan perlindungan komprehensif, rakyat Malaysia boleh mendapat ketenangan fikiran tambahan apabila mereka mengembara untuk tujuan perniagaan atau riadah serta bagi mereka yang terbabit dalam aktiviti sukan.

     

    Sebagai contoh, katanya, MSIG TravelRight Plus adalah berbeza daripada perlindungan insurans kembara asas lain yang biasanya terbatas kepada perlindungan bagasi, kemalangan kembara dan insurans perubatan.

     

    "Dengan pelan terbaru kami ini, ia memberikan liputan lebih tinggi dan perlindungan tambahan termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan, dana pendidikan anak, perlindungan baranagn kediaman, perlindungan ubat alternatif serta kusulitan perjalanan," katanya.

     

    Chua berkata, ciri penting lain yang ditawarkan pelan itu termasuk bantuan 24 jam di seluruh dunia, perlindungan untuk keganasan dan rampasan (disebabkan kemuflisan ejen pelancongan), kos tambahan untuk pemulangan kereta sewa dan liabiliti peribadi sehingga RM1 juta.

     

    Katanya, dengan ciri baru dan dipertingkatkan itu, premium yang dikenakan hanya bermula dengan kadar serendah RM32 (pemegang polisi), RM57 (pemegang polisi suami/isteri) dan RM72 (keluarga - suami, isteri dan anak-anak bawah umur 18 tahun).

     

    Beliau berkata, memandangkan rakyat Malaysia sekarang semakin kerap mengembara, mereka yang selalu melancong kini boleh memanfaatkan MSIG TravelRight Plus yang dahulunya hanya dihadkan untuk ahli perniagaan dan golongan professional.

     

    "Premium tahunan yang bermula daripada RM230begitu menyenangkan dan memberi perlindungan perjalanan yang tidak terhad.," katanya.

     

    Chua menanbah, MSIG Sports Personal Accident menawarkan beberapa manfaat utama seperti kematian atau kehilangan upaya kekal akibat kemalangan sehingga RM100,000, indemniti berganda bagi kehilangan upaya kekal sehingga RM200,000.

     

    Katanya, manfaat lain ialah elaun pemulihan, perbelanjaan perubatan, liabiliti peribadi, kehilangan atau kerosakan peralatan sukan dan barangan peribadi, serta perbelanjaan mencari dan menyelamat.

     

    MSIG Insurance adalah salah sebuah syarikat insurans am yang terbesar di Malaysia dan mempunyai 14 cawangan di seluruh negara.

     

    Ia juga mempunyai rangkaian pengedaran berbilang saluran yang terjalin dengan sokongan ejen, broker, francais kenderaan, pelanggan korporat tempatan dan Jepun, serta program pakatan dengan institusi kewangan.

     

    Dengan operasi di 40 negara, syarikat induk MSIG Malaysia di Jepun, Mitsui Sumitomo Insurance (MSI), mendapat penarafan kewangan yang kukuh daripada agensi penarafan yang terkenal di dunia, khususnya Standard & Poor's, Moody's Investors Service, AM Best Company.

     

    Jumlah premium bersihnya di peringkat global melebihi AS$12 bilion dan jumlah asetnya mencecah lebih AS$76 bilion. 

     


     

     

    Sin Chew Daily (Wednesday, 02 December 2009)

     

     

  • Need a Quotation?

    Feel free to make an enquiry or call me at 603 - 2698 2233

    Calculators

    Estimate your premiums here.

    Make a Claim

    Check out our guide to make a
    claim.

    24-Hour Help Lines

    Home Assist 1-300-880-863
    Motor Assist 1-300-880-833
    MSIG Assist
      Travel, OSI 603-7965-3930
      Healthcare 603-7628-3980