MSIG Malaysia - Insurance cover for H1N1 and dengue fever treatments
BERITA HARIAN (29 Sept 2009)
|
||||
MSIG Insurance tawar polisi perlindungan tambahan |
||||
"Pengembara yang dilindungi insurans yang disahkan mendapat jangkitan virus ini juga boleh membuat tuntutan untuk pembatalan dan memendekkan perjalanan"
|
||||
Pemegang polisi dengan syarikat MSIG Insurance (Malaysia) Bhd akan mendapat perlindungan tuntutan perubatan dan hospital jika perlu mendapatkan rawatan Influenza A (H1N1).
MSIG Insurance dalam kenyataannya berkata, pemegang polisinya juga akan mendapat perlindungan tambahan itu dalam dan luar negara meskipun kebanyakan polisi insurans perubatan dan perjalanan mengenakan pengecualian tertentu ke atas penyakit berjangkit.
"Ini adalah berita baik untuk meraka yang mengembara atas urusan perniagaan dan percutian."
"Pengembara yang dilindungi insurans yang disahkan mendapat jangkitan virus ini juga boleh membuat tuntutan untuk pembatalan dan memendekkan perjalanan," kata Ketua Eksekutif, MSIG Insurance, Kenichi Fukuhara dalam kenyataan itu.
Beliau juga, berkata polisi insurans perubatan, hospital dan kembara MSIG turut memberi perlindungan secukupnya untuk pesakit demam denggi.
Polisi insurans MSIG Malaysia yang memberi perlindungan untuk Influenza A (H1N1) dan demam denggi adalah MSIG Healthcare International, MSIG Overseas Student Insurance, MSIG Edu MediCare, MSIG Healthcare Malaysia, MSIG Individual H&S dan MSIG Group Hospitalisation.
MSIG dalam kenyataannya itu berkata, pemegang polisi juga dinasihatkan supaya mendapatkan butiran lanjut daripada ejen insurans mereka atau pejabat MSIG Malaysia yang berhampiran mengenai perlindungan yang tersedia.
"Rakyat Malaysia, termasuk individu yang dilindungi insurans dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan dan menjaga kebersihan peribadi selain mengelakkan sentuhan dengan orang yang sakit dan tempat sesak," katanya.
Mereka juga dinasihatkan supaya berhati-hati semasa di rumah atau apabila pergi ke negara tropika yang dilanda wabak denggi, manakala individu yang mengalami gejala denggi hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera, katanya.
MSIG Insurance adalah salah sebuah syarikat insurans am yang terbesar di Malaysia dan mempunyai 14 cawangan di seluruh negara.
Ia juga mempunyai rangkaian pengedaran berbilang saluran yang terjalin dengan sokongan ejen, broker, francais kenderaan, pelanggan korporat tempatan dan Jepun, serta program pakatan dengan institusi kewangan.
Dengan operasi di 40 negara, syarikat induk MSIG Malaysia di Jepun, Mitsui Sumitomo Insurance (MSI), mendapat penarafan kewangan yang kukuh daripada agensi penarafan yang terkenal di dunia, khususnya Standard & Poor's, Moody's Investors Service, AM Best Company.
Jumlah premium bersihnya di peringkat global melebihi AS$12 bilion dan jumlah asetnya mencecah lebih AS$76 bilion. |
MSIG Insurance